Apa yang Harus Dilakukan untuk mengelakkan penalti?

 

Jika laman web anda terkena penalti dari Google, mana-mana dari 10% hingga 50% dari trafik anda akan dihapuskan dalam sekelip mata. Menurut Matt Cutts, sekitar 400,000 tindakan awal telah diambil secara manual pada setiap bulan oleh Google.

Banyak laman web lain yang telah dikenakan penalti oleh “Google algorithmic updates” terutama sekali “big boys”, “Penguin”, dan “Panda”.

Berikut adalah tiga cara yang akan memastikan laman web anda daripada terkena penalti oleh Google :

 

1. Ketahui peraturan dan mengikutinya

 

Perkara yang paling penting adalah melakukan apa yang telah ditetapkan oleh Google. Suka atau tidak, mereka membuat peraturan, dan anda perlu mengikutinya.

Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Google :-

Cara paling mudah untuk mematuhi peraturan adalah dengan menggunakan satu strategi mudah iaitu membuat “killer content” untuk penonton anda dengan hanya buat kandungan yang bagus.

Ada banyak lagi, tetapi itulah asas-asas utama yang diperlukan.

 

2. Melakukan audit kandungan

 

“Audit kandungan” adalah satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang anda lakukan adalah salah dan keluar dari penalti algoritma.

Audit kandungan tidak terlalu rumit. Ini adalah ideanya:

  • Tahu isi kandungan panduan Google.
  • Dengan pengetahuan ini, anda dapat melihat setiap halaman laman web untuk memastikan ia mengikut garis panduan. Pastikan kualiti kandungan anda tinggi, dimana tiada pemadat kata kunci, imej yang ditandakan alt, dan tidak ada sebarang pelanggaran.

Jika laman web anda mempunyai beribu halaman, gunakan Google Analytics untuk mendapat target halaman teratas anda mengikut jumlah kunjungan.

Kandungan spammy adalah punca utama dikenakan algoritma penalti.

 

3. Bersihkan profil pautan anda

 

Selalunya, orang menunggu sehingga mereka mendapat penalti manual untuk melakukan audit profil pautan.

Sebaliknya, anda harus bermain SEO pertahanan dengan merapikan profil pautan anda setiap saat.

Salah satu faktor terpenting yang digunakan oleh Google semasa mengindeks laman web anda ialah kualiti profil pautan anda.

“Profil pautan” adalah senarai pautan anda. Algoritma menilai tapak anda berdasarkan dua ciri utama pautan ini:

  • Kualiti sumber pautan iaitu adakah pautan itu berasal dari laman web yang baik atau laman web spam?
  • Teks anchor yang digunakan untuk pautan iaitu apakah teks yang digunakan untuk pautan itu?

Anda boleh mendapatkan senarai semua pautan anda dari Alat Webmaster Google.

Anda mempunyai senarai pautan yang digunakan oleh Google untuk menilai tapak anda. Semak senarai ini setiap dua bulan. Cari:

        • Sambungan spam
        • Teks anchor dioptimumkan

Apabila anda mendapati pautan yang berbahaya, anda perlu menghantar e-mel ke webmaster laman web dan meminta agar mereka mengeluarkan pautan tersebut.

Jika juruweb tidak bertindak balas, gunakan alat disavow untuk mengalih keluar pautan dari profil anda.

Backlink Spammy adalah punca kedua berlakunya algoritma penalti. Jadi, sentiasa memastikan profil pautan anda sentias dibersihkan.

Credit to : https://www.quicksprout.com/preventing-google-penalty/